Ketuat
Ketuat
Molluscum contagiosum (MC) ialah jangkitan kulit yang biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak, disebabkan oleh virus dari keluarga poxvirus (molluscum contagiosum virus).
Ia mudah merebak melalui sentuhan kulit ke kulit — dan boleh tersebar dari satu bahagian badan ke bahagian lain, terutamanya pada kanak-kanak yang ada ekzema atopik.
Kadang-kadang boleh rasa gatal, kawasan sekeliling jadi kemerahan, bersisik atau kering.
Molluscum contagiosum (MC) boleh hilang dengan sendirinya dalam tempoh 1 hingga 2 tahun tanpa sebarang rawatan. Ia biasanya dibiarkan saja, terutamanya pada kanak-kanak kecil yang mungkin sukar untuk menjalani rawatan.
Menindik lesi MC (molluscum contagiosum) dengan jarum dan mengeluarkan isinya boleh dilakukan oleh jururawat yang berpengalaman. Kaedah ini boleh membantu lesi hilang dengan lebih cepat.
Bagi kanak-kanak yang tidak tahan dengan kaedah cucuk (pricking), rawatan sapuan seperti krim imiquimod, krim tretinoin, dan asid salisilik boleh digunakan. Walaupun kesannya terhadap MC agak terhad, ia boleh dicuba selama beberapa bulan. Pilihan lain termasuk rawatan cryotherapy (beku).Molluscum contagiosum mungkin boleh muncul semula walaupun selepas dirawat.