Ketumbuhan Kulit
Ketumbuhan Kulit
Pertumbuhan kulit benigna disebabkan oleh pengumpulan sel yang tidak normal dalam kulit. Ketumbuhan ini tidak bertukar menjadi kanser.
Ini adalah ketumbuhan berwarna kulit atau coklat yang tidak berbahaya yang biasanya berlaku pada leher, ketiak, pangkal paha dan kelopak mata. Ia sering berlaku sebagai pelbagai lesi dan berbeza dalam saiz dari 1 hingga 10mm. Skin tags ini boleh dirawat dengan mudah dan tepat oleh Laser Co2 Deka Smartxide, tetapi ia mungkin akan berulang.
Ia adalah pertumbuhan kulit berlebihan yang muncul bagi mereka yang semakin meningkat usia. Pada peringkat awal, seborrhoeic keratosis ini berwarna coklat dan sedikit tergantung. Walau bagaimanapun, ia mungkin menjadi nodul yang agak besar dan berpigmen seiring dengan masa. Ia biasanya terletak di muka, leher, pangkal paha dan kawasan yang terdedah kepada matahari. Ketumbuhan kulit ini bukannya kanser, dan ia juga boleh dirawat dengan berkesan menggunakan Laser Co2 Deka Smartxide.
Ketumbuhan kekuningan ini sering dilihat pada muka, dan disebabkan oleh peningkatan percambahan kelenjar minyak tepat di bawah permukaan kulit. Ia boleh dirawat dengan ubat oral untuk mengurangkan kelenjar minyak, dan juga boleh dirawat menggunakan Laser Co2 Dekat Smartxide.
Pembiakan tidak normal saluran peluh dalam kulit menyebabkan syringomas. Ketumbuhan kecil berwarna daging ini selalunya terletak di sekeliling mata. Seorang ahli keluarga mungkin mempunyai pertumbuhan yang sama. Syringoma boleh dirawat dengan laser yang sama iaitu Laser Co2 Deka Smartxide. Namun begitu, kaedah pembedahan kecil juga boleh digunakan bagi merawat ketumbuhan kulit jenis ini.
Cysts ini bukan kanser, ianya adalah nodul berbentuk kubah yang boleh berlaku pada muka, leher dan badan. Kebanyakan cysts timbul pada orang dewasa dan kebiasaannya pada kaum lelaki berbanding kaum wanita. Ia berwarna daging hingga kekuningan, padat, nodul bulat dengan saiz berubah-ubah. Di dalam cysts ini terdapat bahan lembut, seperti cecair putih dan ianya berbau busuk.
Komplikasi boleh timbul jika cysts menjadi meradang, atau pecah. Anda dinasihatkan untuk tidak memicit cysts tersebut kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan. Cysts yang meradang dirawat dengan antibiotik oral dan pembedahan juga boleh dilakukan pada peringkat seterusnya untuk membuang cysts sepenuhnya.