Pembedahan Kanser Kulit
Pembedahan Kanser Kulit
Antara rawatan yang paling biasa ialah pengasingan lengkap tumor kanser kulit. Pembedahan mikrografik Mohs, satu bentuk pembedahan khusus, juga boleh digunakan untuk membuang kanser kulit tertentu.
Dalam situasi tertentu di mana pembuangan tumor sepenuhnya tidak dapat dilaksanakan, bentuk terapi lain seperti radioterapi, terapi fotodinamik (PDT) atau terapi topikal (krim pengawalan imun) boleh digunakan.
Selepas pembuangan tumor kulit, pesakit harus membuat susulan secara berkala dengan pakar dermatologi selama beberapa tahun. Ini adalah untuk melihat sebarang kambuhan tumor. Doktor juga akan menilai jika terdapat tumor baru di kawasan lain. Bagi pesakit yang keadaannya telah merebak hingga melibatkan organ lain, mereka perlu diuruskan bersama pakar kanser onkologi.
1. Terlalu terdedah kepada matahari meningkatkan risiko kanser. Adalah penting untuk:
a) Elakkan waktu cahaya matahari puncak dari 10 pagi hingga 5 petang.
b) Guna pelindung matahari SPF 50 secara kerap dan sebolehnya kira-kira 30 minit sebelum keluar. Sapukan semula setiap beberapa jam apabila berada di luar rumah.
c) Pakai pakaian pelindung matahari seperti topi atau baju dan seluar lengan panjang.
Kebanyakan pendedahan matahari berlaku dalam 20 tahun pertama kehidupan kita. Oleh itu, amat penting untuk menerapkan tabiat menggunakan perlindungan matahari yang baik sejak dari kanak-kanak.
2. Elakkan daripada merokok.
- Periksa kulit anda dengan kerap sekurang-kurangnya sebulan sekali
- Ketahui tanda-tanda bahaya kanser kulit dan berjumpa dengan pakar dermatologi anda lebih awal jika anda mengesan sebarang tahi lalat, jeragat atau pertumbuhan kulit yang baru atau berubah
- Lakukan pemeriksaan kulit secara berkala bersama pakar dermatologi anda sekurang-kurangnya sekali setahun, atau lebih kerap jika anda mempunyai sebarang risiko untuk kanser kulit