Jeragat

Jeragat

Saya telah mengetahui serba sedikit tentang laser picosecond. Beritahu saya lebih lanjut mengenainya!

Laser picosecond ini boleh mencerahkan pigmentasi muka, tanda lahir tertentu dan pigmen tatu dari kulit. Laser bukan ablatif jenis picosecond generasi baharu ini beroperasi dalam domain picosecond ultrashort, yang memecahkan pigmen kepada serpihan yang lebih kecil berbanding laser Q-switched tradisional.

Ini membolehkan sistem imun membersihkan serpihan kecil dengan lebih cekap, dan mengurangkan bilangan rawatan yang diperlukan. Bergantung pada keadaan anda, beberapa sesi rawatan selalunya diperlukan untuk merawat pigmentasi.

Selain pencerahan pigmen, laser picosecond juga memberikan kesan pencerahan dan penegangan kulit, menghasilkan sinar semula jadi secara keseluruhan. Kunjungi pakar dermatologi kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai terapi laser terbaru ini.

Apakah proses semasa rawatan dijalankan?

Untuk keselesaan pesakit, krim kebas akan disapukan selama 20-30 minit sebelum prosedur. Semasa rawatan laser, kulit pesakit akan merasa sedikit menyucuk , namun ia biasanya boleh ditanggung dan hanyalah untuk jangka pendek.

bagaimanakah cara menjaga kulit selepas rawatan laser?

Akan terdapat sedikit kemerahan dan ketidakselesaan serta-merta selepas laser, dan akan berlangsung selama beberapa jam hingga beberapa hari, bergantung pada jenis rawatan laser. Ketidakselesaan tersebut boleh dihilangkan dengan menggunakan aplikasi pek ais ataupun dengan memakai sheet mask.

Krim yang diberikan oleh dr serta pelembap yang ditetapkan hendaklah digunakan seperti yang diarahkan. Adalah penting untuk tidak menggosok kulit semasa mencuci muka, tetapi sebaliknya keringkan muka anda dengan lembut. Dalam tempoh 2 hingga 4 hari akan datang, kemerahan akan berkurangan apabila kulit semakin pulih. Elakkan aktiviti berenang dan bersukan sehingga kulit pulih.

Dalam beberapa bulan akan datang, kurangkan pendedahan terhadap matahari yang berlebihan dan gunakan pelindung matahari yang disyorkan setiap hari bagi mengurangkan risiko pigmentasi selepas laser dan untuk mengelakkan berulangnya pigmentasi muka.

Adakah rawatan laser ini selamat?

Dengan kepakaran daripada pakar dermatologi kami yang berpengalaman, rawatan ini adalah prosedur yang sangat selamat. Bagi sesetengah pesakit, perubahan warna kulit (pencerahan atau penggelapan yang berlebihan) mungkin berlaku, tetapi proses ini adalah sementara dan akan bertambah baik secara beransur-ansur dalam beberapa bulan akan datang. Risiko perubahan pigmen selepas laser adalah lebih rendah dengan laser picosecond berbanding laser pigmen generasi lama. Penjagaan kulit selepas laser penting untuk membantu kulit semasa pemulihan.

Mengapakah pigmentasi saya masih ada selepas laser?

Sesetengah pigmen mungkin terletak terlalu dalam di dalam kulit untuk dikeluarkan sepenuhnya dan selamat walaupun rawatan berulang. Penyingkiran pigmen juga bergantung pada sistem imun individu, kerana setiap orang mempunyai kebolehan yang berbeza-beza untuk membersihkan pigmen selepas laser.