Psoriasis
Psoriasis
Psoriasis merupakan radang kulit dengan peningkatan kadar pusing ganti sel kulit, mengakibatkan sisik tebal pada permukaan kulit.
Kulit kepala, belakang, siku dan lutut biasanya terjejas, dengan tompok merah dan bersisik. Kuku juga mungkin menunjukkan perubahan seperti lubang kecil pada permukaan sehingga 50% bagi penghidap psoriasis. Di samping itu, sakit sendi dan bengkak juga boleh berlaku terhadap mereka yang menghidapi penyakit ini.
Gen memainkan peranan dalam perkembangan psoriasis. Jangkitan atau ubat tertentu boleh mencetuskan psoriasis akibat ketidakseimbangan dalam sistem imun.
- Tekanan fizikal dan emosi
- Jangkitan tekak atau selesema
- Sesetengah ubat seperti steroid dan ubat-ubatan tertentu untuk merawat hipertensi
Tidak, psoriasis tidak berjangkit.
Tidak juga. Hanya 10% penghidap psoriasis mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit yang sama.
Tidak, anda tidak perlu mengelak sebarang makanan. Walau bagaimanapun, pengambilan alkohol yang berlebihan sebaiknya dielakkan.
Adalah lebih baik untuk mengelakkan rawatan steroid oral atau suntikan. Walaupun ia membantu merawat psoriasis dengan sangat cepat, ia selalunya mengakibatkan pemulihan dalam keadaan yang cepat dan teruk. Terdapat pelbagai pilihan rawatan yang berkesan selain daripada penggunaan steroid, namun anda perlulah mendapatka rundingan dan rawatan daripada pakar dermatologi anda tentang kesesuaian anda untuk rawatan ini.
- Ubat Topikal
Ia termasuk topikal jenis steroid dan derivatif vitamin D3 bukan steroid. Contohnya, calcipotriol dan calcitriol.
- Phototherapy (Rawatan Cahaya)
Psoriasis bertindak balas terhadap rawatan cahaya ultraviolet (UV), yang digunakan beberapa kali seminggu dalam dos yang meningkat secara beransur-ansur dalam tempoh beberapa bulan. - Ubat Oral
Dalam keadaan yang teruk, ubat oral seperti methotrexate, cyclosporin dan acitretin mungkin diperlukan. Walau bagaimanapun, kesan sampingan ubat-ubatan ini memerlukan ujian darah tetap bagi pemantauan. - Rawatan Biologics
Terdapat ubat yang lebih baru dan berkesan untuk merawat penyakit psoriasis secara meluas. Biologics berfungsi dengan mengimbangi sistem imun kulit. Contoh biologics termasuk secukinumab (Cosentyx), ixekizumab (Taltz) dan guselkumab (Tremfya). Pakar dermatologi akan memberikan nasihat lebih lanjut tentang ubat biologics mengikut kesesuaian anda.
- Gunakan rawatan dengan kerap seperti yang diarahkan dan pastikan kulit sentiasa lembap kerana ini akan membantu mengurangkan kegatalan dan kerak
- Menerapkan tabiat gaya hidup sihat, makan secara sederhana, bersenam secara teratur dan menguruskan tahap tekanan anda.
- Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi dan masalah kolesterol adalah biasa jika menghidap psoriasis.
- Jangan menggaru kerana boleh menyebabkan kerosakan pada kulit dan akan lebih memburukkan keadaan psoriasis tersebut.
- Rawatan mengambil masa beberapa minggu untuk menunjukkan kesan, jadi anda dinasihatkan untuk bersabar dan jangan berputus asa terlalu awal.