Peluh Berlebihan
Peluh Berlebihan
Hiperhidrosis merujuk kepada peluh yang berlebihan. Ia boleh menyebabkan penghidap berasa bimbang dan malu. Peluh yang berlebihan juga boleh mengganggu aktiviti harian biasa.
Hiperhidrosis mungkin berlaku kerana faktor keluarga, dan selalunya bermula pada zaman kanak-kanak ataupun remaja. Faktor perubatan atau ubat tertentu juga boleh menyebabkan hiperhidrosis, namun ianya jarang berlaku.
Ia boleh menjejaskan seluruh badan (generalised) atau hanya berlaku di kawasan tertentu (localized). Hiperhidrosis setempat adalah jenis yang paling biasa dan cenderung berlaku pada tapak tangan, tapak kaki, ketiak. Muka dan kulit kepala mungkin terjejas, namun ia juga jarang berlaku.
Jenis rawatan yang paling mudah ialah antipeluh topikal. Ia biasanya digunakan setiap malam dan antiperspirant akan memasuki kelenjar peluh untuk menyumbatnya apabila anda berpeluh. Kesan sampingan biasa bagi antipeluh topikal adalah rasa terbakar dan sedikit ketidakselesaan.
Toksin botulinum adalah satu lagi rawatan yang digunakan terutamanya untuk merawat peluh ketiak. Ia juga boleh digunakan untuk merawat peluh berlebihan pada tapak tangan dan tapak kaki. Beberapa suntikan kecil toksin digunakan untuk menyekat bahan kimia yang merangsang kelenjar peluh. Pengurangan peluh biasanya berlangsung 4-6 bulan.
Ubat oral kadangkala diberikan untuk penghidap hiperhidrosis. Ubat tersebut menghentikan sementara kelenjar peluh daripada bekerja, dan berkesan untuk hiperhidrosis umum. Kesan sampingan yang biasa adalah mata dan mulut menjadi kering.